Langkau ke kandungan utama

Pemasangan dapur dan bilik mandi

Kami pasang dapur baharu anda, dan selaraskan tugas dari awal hingga akhir. Kami juga boleh tanggalkan yang lama.

Pemasangan dapur

Kami mempunyai banyak perkhidmatan bagi membuatkan dapur impian anda menjadi nyata.

Pekerja profesional kami akan uruskan semua tugas berat itu seperti memasang singki, paip, permukaan kerja dan perkakasan. Dapur anda akan dipasang mengikut standard industri tertinggi.

Harga:

Pemasangan Dapur - 15% daripada harga runcit produk asal*, atau minimum RM300. Mana-mana yang lebih tinggi.

Pemasangan Perkakasan Dapur - RM80/item

Ciri-ciri utama:

  • Pemasangan semua kabinet.
  • Pemasangan permukaan kerja, termasuk pemotongan singki/hob.**
  • Pemasangan dan penyambungan singki, paip dan sifon.**
  • Pemasangan dan penyambungan perkakasan elektrik dan gas IKEA.
  • Pemasangan dan penyambungan pencahayaan permukaan kerja IKEA.
  • Pemasangan panel sisi, pemegang, dan lengkapan dalaman (para, bakul dll.). 
  • Semua pembungkusan dibuang (melainkan pelanggan mahu menyimpannya).
  • Jaminan pemasangan memastikan hasil pertukangan yang bagus.


*Termasuk pemasangan rangka Dapur, bahagian hadapan, kelengkapan dalaman, permukaan kerja, sinki & paip, aksesori dinding dan lampu kabinet.

**Harga mungkin berbeza bagi pemasangan potongan singki/hob dan sambungan singki, paip dan sifon.

 

Sila temui pekerja IKEA di bahagian dapur di gedung untuk maklumat lanjut.

Pemasangan bilik mandi

Khidmat pemasangan selaras sepenuhnya boleh menjimatkan masa berharga anda, terutamanya kerja-kerja rumit seperti memasang singki, paip dan kerja elektrik.

Di bawah adalah perkhidmatan yang anda perlukan bagi membuatkan bilik mandi impian anda menjadi nyata.

Harga:

Khidmat pemasangan bermula daripada RM188.

Ciri-ciri utama:

Cara mudah dan menjimatkan masa bagi memasang bilik mandi IKEA baharu anda di dalam bilik mandi sedia ada.

Khidmat termasuk pemasangan semua perabot bilik mandi, kelengkapan, cermin dan singki IKEA.

 

Sila temui pekerja IKEA di bahagian bilik mandi di gedung untuk maklumat lanjut.

Pemasangan lampu

Tinggalkan kerja-kerja yang rumit pada kami. Kami boleh memasang lampu-lampu baru untuk anda.

Seleksi pencahayaan kami direka bentuk agar anda boleh memasangnya sendiri. Walaubagaimanapun, untuk sesetengah seleksi pencahayaan kami, anda mungkin memerlukan sedikit pertolongan dari seorang pakar.

Harga:

Khidmat pemasangan bermula daripada RM80/unit

Bagi membantu anda, kami di IKEA telahpun bekerjasama dengan sebuah pasukan pakar yang boleh menawarkan perkhidmatan pemasangan mudah di rumah anda.

Untuk maklumat lanjut atau penempahan khidmat pemasangan pakar, klik sini atau anda juga boleh mengimbas kod QR yang tertera di bawah.

Anda mungkin berminat dengan