Langkau ke kandungan utama

Pemasangan

Produk kami direka khas supaya mudah dipasang, bagi memudahkan pelanggan kami lakukannya sendiri. Dengan ini, anda dapat jimatkan duit.

Namun, jika anda perlukan bantuan, kami boleh aturkan rakan niaga khidmat profesional untuk pasang produk anda. Pembungkusan akan dibawa pergi untuk dikitar semula, melainkan anda mahu simpannya, dan rumah anda kekal bersih dan kemas.


Membeli-belah di IKEA.my

Jika anda membuat pesanan secara dalam talian, kami menawarkan pilihan pemasangan berikut bersama dengan penghantaran trak. Anda boleh menempah perkhidmatan pemasangan semasa anda membuat pembayaran! 

Jenis khidmat

Pemasangan perabot 10% dari harga asal produk1
Pemasangan kaki atau sarung untuk sofa RM9/modul sofa
Lekap dinding RM4.70 setiap lubang2

1. Termasuk pemasangan penahan rebah untuk tujuan keselamatan. Khidmat pemasangan tidak termasuk kerja-kerja elektrik dan perpaipan.
2. Bagi pesanan yang dibuat secara dalam talian, bayar terus kepada pembekal perkhidmatan.

Membeli-belah di gedung IKEA berdekatan anda

Bagi menempah perkhidmatan pemasangan di gedung kami, sila ke kaunter perkhidmatan atau kaunter penghantaran di Kawasan Khidmat pelanggan. Lihat maklumat lanjut di pilihan penghantaran di gedung IKEA.

 

*Untuk pemasangan produk-produk dapur, sila rujuk kepada caj pemasangan dapur kami di sini.

Perancangan dan perundingan

Nasihat peribadi daripada pakar

Ketahui lebih lanjut

Pemasangan

Perkhidmatan lengkap untuk dapur atau bilik mandi

Ketahui lebih lanjut

Polisi pemulangan

Jika anda tidak berpuas hati sepenuhnya

Ketahui lebih lanjut

Pilihan pembayaran

Cara membayar, di gedung dan dalam talian

Ketahui lebih lanjut