Langkau ke kandungan utama

Polisi pemulangan

Tak mengapa jika anda berubah fikiran. Jika anda tidak berpuas hati dengan pembelian IKEA anda boleh pulangkannya dalam tempoh 365 hari, berserta bukti pembelian, bagi bayaran balik sepenuhnya. Bayaran balik akan diberikan dalam bentuk bayaran asal yang digunakan untuk pembelian itu.

Pemulangan produk IKEA yang belum di buka

Kembalikan item yang belum dipasang, tidak digunakan dan tidak rosak dalam pembungkusan asalnya dalam masa 365 hari, bersama-sama dengan resit asal anda untuk sama ada pertukaran atau bayaran balik penuh.

Produk IKEA yang tidak boleh dipulangkan

Polisi pemulangan 365 hari kami tidak termasuk potongan fabrik, tumbuhan, linen katil yang dibuka, perkakasan dapur, produk dari As-Is, atau barangan ditempah mengikut spesifikasi anda seperti permukaan kerja ditempah khas dan produk yang rosak selepas meninggalkan gedung.


Polisi pertukaran tilam 'Suka atau Tukar'

Berkenaan tilam, kami tawarkan sesuatu yang istimewa. Penting bagi kami yang anda sukakan tilam baharu anda. Jadi, jika anda mendapati ia terlalu padat atau terlalu lembut, hanya bawa kembali tilam itu dan cuba yang baharu. Tak perlu terburu-buru. Dengan syarat pihak IKEA mendapati barang itu tidak kotor, bertanda, rosak atau disalah guna.


Cara pemulangan di IKEA

Pemulangan di Gedung

  • Lawati kawasan Pertukaran & Pemulangan kami di gedung IKEA apabila anda ingin memulangkan sesuatu. Terima kasih kepada polisi pemulangan 365 hari kami, proses biasanya lancar – terutamanya jika anda membawa bersama resit asal anda.

Pemulangan pembelian dalam talian

  • Pulangan boleh di buat di salah satu gedung IKEA.
    • Sila bawa bersama salinan bercetak invois cukai yang anda terima dalam e-mel selepas pembelian anda. Jika tidak, kami tidak dapat memproses permintaan anda.
  • Pulangan produk melalui pusat pengambilan IKEA di Sabah dan Sarawak
    • Hubungi kami atau hantar mesej teks melalui WhatsApp untuk menerima Nombor Pesanan Pemulangan (pemulangan web)
    • Anda perlu memberikan nombor rujukan ini berserta dengan salinan bercetak invois cukai semasa anda berkunjung ke Pusat Pengambilan.
  • Pulangan pesanan bungkusan - Semenanjung Malaysia
    • Hubungi kami atau hantar mesej teks melalui WhatsApp mendapatkan label Pemulangan Penghantaran yang perlu ditampalkan pada bungkusan pemulangan sebelum menyerahnya di cawangan Pos Laju yang terdekat.
  • Pulangan pesanan bungkusan - Sabah & Sarawak
    • Gunakan borang Pemulangan Penghantaran yang diberikan di dalam bungkusan apabila memulangkan produk kepada kami.
    • Jika borang anda hilang, anda perlu membelinya menggunakan wang sendiri dari cawangan Pos Laju.

Cara bayaran balik di IKEA

Bayaran balik unutk pembelian di gedung

  • Bawa resit asal dan produk dalam bungkusan asalnya.
  • Bayaran balik akan dibuat dalam kaedah pembayaran asalnya
    • Pembelian yang dibuat secara tunai akan dikembalikan dalam bentuk tunai
    • Untuk pembelian yang dibuat dengan kad kredit, kredit akan dikeluarkan kepada kad asal. Kad asal mesti dikemukakan semasa pemulangan.

Soalan Lazim

Jaminan

Produk kami dijamin untuk kepuasan anda

ketahui selanjutnya

Hubungi kami

Berhubung dengan kami mengikut pilihan anda

Ketahui selanjutnya

Kukuhkan atau Kembalikan!

Bersama mencipta rumah yang lebih selamat

Ketahui selanjutnya