Langkau ke kandungan utama

Klik & Ambil

Dengan Klik dan ambil IKEA, anda mempunyai kuasa untuk memilih. Pesan dalam talian pada bila masa, dan pilih masa serta tempat yang anda mahu untuk mengambil item anda. Anda boleh memilih untuk mengambil pesanan anda dari gedung IKEA berhampiran anda atau di pusat pengambilan. Kami akan mengumpulkan item anda, supaya anda boleh meluangkan lebih banyak masa untuk memasang dan kurang masa membeli-belah. Dan jika anda tidak berkesempatan, kami juga menawarkan perkhidmatan penghantaran.

 

 

Perkhidmatan penghantaranAmbil di gedung IKEA| Ambil di pusat pengambilan IKEA| Soalan lazim


 

BAHARU!
Dari IKEA ke Terengganu

Untuk memudahkan pengalaman membeli-belah anda, IKEA Malaysia kini telah membuka pusat pengambilan di Kuantan.
Mulakan beli-belah dalam talian anda dan ambil barangan anda di pusat pengambilan Terengganu kami

Fi
RM98
 - Ambil di pusat pengambilan
RM163 - Fi permulaan untuk penghantaran ke rumah anda di Terengganu

Pusat pengambilan Terengganu 
Lot 3766A, Jalan Salak Chabang Tiga, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu


Pilihan & harga klik dan ambil

Ambil di gedung IKEA

  • Percuma - untuk perbelanjaan sebanyak RM500 dan keatas
  • RM23 - untuk perbelanjaan RM500 kebawah

Cara-cara untuk mengambil item anda di gedung IKEA

  1. Pilih perkhidmatan ‘Klik & Ambil’ kami di halaman semak keluar dan untuk mengambil, pilih gedung pilihan anda.
  2. Anda akan menerima pengesahan pesanan melalui e-mel berserta nombor pesanan dan invois.
  3. Sila tunggu e-mel kedua yang memaklumkan kepada anda bahawa pesanan telah sedia untuk diambil. Anda boleh mengambil pesanan tersebut di tempat pengambilan di gedung pilihan anda antara 10:00 pg.– 8:00 mlm.

*Sila ambil dalam tempoh 2 hari selepas pemberitahuan e-mel diterima. Pesanan akan terbatal secara automatik dan dibayar balik sekiranya tidak diambil selepas 2 hari. 

Gedung IKEA Tempat pengambilan
IKEA DamansaraKaunter pengambilan barangan (Kaunter 5), kawasan Penukaran & Pemulangan di Tingkat G.
IKEA CherasKaunter pengambilan Klik & Ambil di Tingkat B1.
IKEA TebrauKaunter pengambilan barangan, kawasan Penukaran & Pemulangan di Tingkat 1.
IKEA Batu KawanKaunter pengambilan barangan (Kaunter 7), kawasan Penukaran & Pemulangan di Tingkat 1.

Ambil di pusat pengambilan IKEA

  • RM49 - Ambil di pusat pengambilan Ipoh, Melaka atau Kuantan 
  • RM98 - Ambil di pusat pengambilan Terengganu
  • RM575 - Ambil di pusat pengambilan Kuching, Kota Kinabalu atau Miri

Cara-cara untuk mengambil item anda di pusat pengambilan IKEA

  1. Pilih perkhidmatan ‘Klik & Ambil’ kami di halaman semak keluar dan pilih pusat pengambilan pilihan anda untuk mengambil.
  2. Anda akan menerima pengesahan pesanan melalui e-mel berserta nombor pesanan dan invois.
  3. Sila tunggu e-mel kedua yang memaklumkan kepada anda bahawa pesanan telah sedia untuk diambil. Anda boleh mengambil pesanan tersebut di pusat pengambilan pilihan anda antara 10:00 pg.– 8:00 mlm.

*Setelah menerima notifikasi pengambilan, para pelanggan dikehendaki megambil pesanan dalam tempoh 5 hari.

Lokasi pusat pengambilan IKEA di semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak

Lokasi Alamat
KuantanL-01 (FB 1), TMG BIM Mall, Jalan IM/7/14, ​Bandar Indera Mahkota, ​25200, Kuantan, Pahang.
Ipoh B-1-17, Medan Botani, Pusat Komersial Botani Village, Medan Botani 1A, Bandar Seri Botani, 31350 Ipoh, Perak.
Melaka18, Jalan Melaka Raya 18, 75000 Melaka.
KuchingHexagon High Transport, 922, Jalan Demak Laut 3, Kuching, Sarawak.
Miri Lot 1227, Senadin Venture Light Industrial Park, Jalan Lutong - Kuala Baram, 98000 Miri, Sarawak.
Kota KinabaluFei Yang Logistics, Lot 71, 51/2 miles, Jalan Kilang, Sedoc Industrial Estate, Kollombong, Inanam, 88450, Sabah.
TerengganuLot 3766A, Jalan Salak Chabang Tiga, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu

Terokai lebih banyak perkhidmatan di gedung

Soalan lazim

  • Dari Troli beli-belah, teruskan ke Pembayaran dan pilih "Collect from IKEA store". Apabila pesanan anda telad sedia, anda akan menerima emel kedua untuk memberitahu bahawa pesanan anda telah sedia untuk diambil, sebelum meneruskan perjalanan ke bahagian pengambilan. Kami akan menyimpan pesanan anda selama 2 hari. Hari anda menerima emel kedua itu adalah dikira sebagai hari pertama.

  • Selepas selesai dengan pembayaran dalam talian anda, anda akan menerima emel pengesahan tentang maklumat pesanan yang telah dibuat. Sila teliti emel tersebut, anda akan diberitahu bahawa pesanan anda telah sedia untuk diambil sebelum anda merancang perjalanan ke gedung yang telah dipilih. Waktu pengambilan adalah di antara 10pg. hingga 8mlm., seperti yang diberitahu di dalam emel. 

  • Gedung kami dibuka seperi berikut:

    • Damansara         10pg. – 10mlm.
    • Cheras                 10pg. – 10mlm.
    • Tebrau                 10pg. – 10mlm.
    • Batu Kawan        10pg. – 10mlm.
  • Pusat pengambilan kami dibuka seperi berikut:

    • Kuantan                  10pg. – 7mlm.
    • Ipoh                         10pg. – 7mlm.
    • Melaka                     10pg. – 7mlm.
    • Kuching                    9pg. – 5ptg.
    • Miri                            9pg. – 5ptg.
    • Kota Kinabalu          9pg. – 5ptg.
  • Emel pengesahan anda akan menyatakan tempat pengambilan pesanan anda.

    a) Sila berkunjung ke lokasi berikut:

    • Damansara: Kaunter pengambilan barangan (kaunter 6), kawasan Penukaran & Pemulangan di Tingkat G.
    • Cheras: Kaunter pengambilan Klik & Ambil di Tingkat B1.
    • Tebrau: Kaunter pengambilan barangan, kawasan Penukaran & Pemulangan di Tingkat 1.
    • Batu Kawan: Kaunter pengambilan barangan (kaunter 7), kawasan Penukaran & Pemulangan di Tingkat 1.

    b) Nyatakan number pesanan anda kepada rakan sekerja kami di kaunter dan pesanan anda akan diberikan di situ. (Bagi gedung IKEA Damansara, sila pilih nombor menunggu menggunakan Qmatic dan tunggu giliran anda. Pesanan anda akan diberikan kepada anda kelak.)
    c) Bawa pulang pesanan anda dan nikmatinya!

  • Boleh, Sila pastikan sewaktu pengambilan, anda/atau wakil anda membawa notis pengambilan dan invois web ke lokasi pengambilan.

  • Tiada sebarang perubahan atau penukaran yang boleh dilakukan selepas pesanan dan perkhidmatan yang dipilih telah dibayar. Sila hubungi kami di 03 7952 7575 untuk bantuan selanjutnya.

  • Kami akan menyimpan pesanan anda selama 2 hari (Hari pertama bermula dari hari notis pengambilan dikeluarkan). Selepas itu, pesanan anda akan dibatalkan dan hanya nilai pembelian yang akan dipulangkan kepada anda. Caj khidmat pengambilan untuk Klik & Ambil tidak akan dipulangkan untuk semua pesanan yang tidak di ambil.

  • Anda kini boleh membeli-belah secara dalam talian dan mengambil pesanan anda di gedung dengan percuma apabila anda berbelanja sebanyak RM500 dan keatas! Bagi pembelian dibawah RM500, cas sebanyak RM23 untuk setiap pesanan akan dikenakan.

  • Jika terdapat satu atau lebih barangan yang anda pesan menjadi tidak tersedia, kami akan memberitahu anda melalui panggilan telefon sebelum anda memilih waktu pengambilan. Anda boleh memilih untuk pemulangan semula wang bagi barangan yang tidak tersedia itu, akan tetapi masih mengambil barangan yang lainnya. Sebagai alternatif lain, anda boleh memilih untuk membatalkan keseluruhan pesanan anda dan mendapatkan semula pemulangan wang sepenuhnya.

  • Sila kmengambil pesanan anda dalam masa dua (2) hari selepas menerima e-mel. Pesanan akan terbatal secara automatik dan kami akan membayar balik jika barang anda tidak diambil selepas dua (2) hari. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut.