Langkau ke kandungan utama

Cara membeli-belah di IKEA

Terdapat beberapa cara untuk membeli-belah di IKEA. Anda mempunyai pilihan untuk melayari dan membeli dari keselesaan rumah anda sendiri – dan bagi mereka yang memilih untuk tidak membeli-belah dalam talian, kami sentiasa ada karipap menanti anda di gedung IKEA.

Terokai pelbagai pilihan untuk membeli-belah di IKEA dan temui cara bagaimana IKEA boleh memenuhi keperluan anda, sama ada anda ingin membuat pembelian dalam talian, mendapatkan sokongan pelanggan atau merancang rumah idaman anda.

Beli-belah di gedung | Beli-belah di IKEA.my | IKEA gift cards


Membeli-belah dengan mudah di gedung IKEA

Perkara asas

  • Tempat letak kereta untuk semua orang dan akses mudah untuk orang kelainan upaya. Pilih gedung anda untuk lebih maklumat bagi fi tempat letak kereta:  IKEA DamansaraIKEA Cheras or IKEA Tebrau
  • Pensel, kertas, pita pengukur, panduan gedung, katalog, troli dan beg beli-belah, dan troli sorong adalah percuma.
  • Restoran dengan menu kanak-kanak dan ruang bermain.

Bawalah keluarga

Kami mahukan pengalaman membeli-belah mesra keluarga di IKEA . Setiap gedung IKEA mempunyai kawasan bermain yang dipantau untuk kanak-kanak, dipanggil Småland. Anda boleh tinggalkan anak-anak anda di situ dan teruskan membeli-belah, kerana mereka selamat dan sedang berseronok.

Pandu uji perabot anda

Membeli-belah di gedung IKEA sepatutnya menyenangkan dan telus. Kami mahu anda berasa seperti di rumah sendiri di tetapan ruang kami, jadi silakan duduk, baring, buka sofa katil itu, nyalakan lampu, rasa berat fabrik, angkat pinggan mangkuk dan buka kabinet. Tiada siapa akan ganggu anda dan anda sentiasa boleh minta bantuan.


Catat nombor para - pada tanda harga

Pada tanda harga, anda akan temui banyak butiran termasuk nombor para. Butiran ini menyatakan tempat anda boleh dapatkan item di Kawasan perabot layan diri, atau maklumat mengambilnya di Kawasan mengambil perabot.

Informasi

Anda akan temui pekerja IKEA di meja informasi dengan simbol ini. Mereka akan aturkan urusan anda mengambil item di Kawasan mengambil perabot jika ia tiada di Kawasan perabot layan diri.

Ambil pembelian anda

Anda boleh dapatkan pembelian dari Kawasan perabot layan diri menggunakan nombor para yang anda catat. Sesetengah item perlu diambil di Kawasan mengambil perabot setelah selesai dengan pembelian anda.


Bayar pembelian anda

Juruwang kami menerima tunai, kad kredit, kad debit, dan gift card IKEA.

Kami mempunyai pelbagai pilihan pembayaran termasuk perkhidmatan pembiayaan apabila anda memerlukan sedikit bantuan tambahan

Berehat bila-bila masa

Restoran kami bukan hanya untuk hidangan lazat. Anda juga boleh singgah untuk sandwic atau kopi. Malah, menu kanak-kanak juga tersedia.

Bawa pulang

Kebanyakan perabot IKEA dipek leper supaya anda sendiri boleh bawanya pulang. Jika anda mahu, IKEA boleh aturkan penghantaran ke rumah pada kadar yang berpatutan. Hubungi gedung berdekatan anda atau hubungi kami untuk maklumat.


Lebih banyak cara untuk membeli-belah di IKEA

Beli-belah di IKEA.my

IKEA gift cards