Langkau ke kandungan utama

IKEA memanggil balik pengecas USB 40W ÅSKSTORM akibat bahaya lepuh terma dan kejutan elektrik

IKEA memanggil balik pengecas USB 40W ÅSKSTORM akibat bahaya lepuh terma dan kejutan elektrik
Penarikan balik produk10 Januari 2024
IKEA menggesa semua pelanggan yang memiliki pengecas USB 40W kelabu gelap ÅSKSTORM, nombor artikel 60461197 agar berhenti menggunakannya dan menghubungi IKEA untuk bayaran balik penuh.

IKEA sentiasa memberikan perhatian yang utama pada keselamatan pelanggan, dan oleh itu kami memanggil balik pengecas USB 40W kelabu gelap ÅSKSTORM akibat bahaya lepuh terma dan kejutan elektrik disebabkan oleh haus dan lusuh kabel kuasa ini.

IKEA membangunkan produknya dengan menggunakan penilaian risiko dan program pengujian yang ketat bagi memastikan produk mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang diguna pakai di pasaran ia dijual. Meskipun begitu, ia telah sampai kepada pengetahuan kami bahawa kabel kuasa pada pengecas USB 40W kelabu gelap ÅSKSTORM boleh menjadi rosak atau pecah, selepas digulung di sekeliling pengecas atau dibengkokkan berulang-ulang kali selepas tempoh penggunaan yang lama. Kabel yang rosak boleh mengakibatkan lecuh terma dan kejutan elektrik. Justeru, pengecas USB 40W kelabu gelap ÅSKSTORM perlu dipanggil balik.

Pengecas USB 40W kelabu gelap ÅSKSTORM boleh dikenal pasti melalui nombor model ICPSW5-40-1 yang tercatat pada label di bahagian belakang pengecas USB tersebut.

Pengecas USB 40W kelabu gelap ÅSKSTORM boleh dikembalikan di Kaunter Pemulangan dan Penukaran di mana-mana gedung IKEA untuk bayaran balik penuh. Bukti pembelian (resit) tidak diperlukan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan IKEA di 03-7952 7575.

IKEA memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul atas sebab pemanggilan balik ini.