Langkau ke kandungan utama

IKEA memanggil balik kerusi pusing ODGER berwarna antrasit dengan cap tarikh sebelum dan termasuk 2221

IKEA memanggil balik kerusi pusing ODGER
Penarikan balik produk21 Disember 2022
IKEA menggesa semua pelanggan yang memiliki kerusi pusing ODGER berwarna antrasit dengan cap tarikh antara dan termasuk 2221 untuk berhenti menggunakannya dan menghubungi IKEA untuk bayaran balik penuh.

Keselamatan pelanggan sentiasa merupakan titik permulaan bagi IKEA. Oleh yang demikian, IKEA memanggil balik kerusi pusing berwarna antrasit dengan cap tarikh sebelum dan termasuk 2221 (22 kaki bagi tahun ini, dan 21 kaki bagi minggu produk dikeluarkan) kerana terdapat risiko yang tapak berbentuk bintang pada kerusi pusing ODGER boleh patah dan mengakibatkan bahaya jatuh dan cedera pada pengguna.

IKEA menggesa semua pelanggan yang memiliki kerusi pusing ODGER berwarna antrasit dengan cap tarikh antara dan termasuk 2221 untuk berhenti menggunakannya dan mengembalikannya ke mana-mana gedung IKEA untuk bayaran balik penuh.

IKEA membangunkan produknya dengan menggunakan penilaian risiko dan program pengujian yang ketat, bagi memastikan produk mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang diguna pakai di pasaran ia dijual. Meskipun begitu, kami menyedari bahawa tapak berbentuk bintang pada kerusi pusing ODGER berwarna antrasit dengan cap tarikh sebelum dan termasuk 2221 boleh patah.

Kerusi pusing ODGER berwarna antrasit dengan cap tarikh sebelum dan termasuk 2221 boleh dikembalikan ke mana-mana gedung IKEA di kaunter Penukaran & Pemulangan untuk bayaran balik penuh. Bukti pembelian (resit) tidak diperlukan.

Nama dan cap tarikh produk teracu di dalam bahan di bawah tempat duduk kerusi. IKEA memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul akibat pemanggilan balik ini. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan IKEA di 03-7952 7575.